TRIP : Hutan Lipur, Gunung Ledang

0c

Saturday, 1 March 2014

23/04/2014 - Unexpected Mission
Trip kita ke Gunung Ledang adalah satu perjalanan yang tak disangka-sangka. Ikut perancangan nak pergi Tasik Biru je, tapi dengan jodoh Allah terlanjurlah kita sampai ke Johor! jyeah~
Dari Muadzam, adalah 3 jam ek ek ek kita sampai Johor. *tak berapa nak Johor sangat kan?*
Sebab, kami ambik simpang sebelum sampai Tangkak.
Ni adalah sedikit view Hutan Lipur Gunung Ledang yang telah kami jejak.
Sampai-sampai je pakcik yang jaga pondok bayaran tu dah memekak memanggil kami dengan kekurangan adabnya. Masa tu panas telinga jugaklah. Kami orang luar, so tak tahu kena bayar ke tak ke macam mana ke, tak pasal-pasal kena marah dan dengar dia membebel.. *ergh! tak senang*

Kawasan sekitar adalah kawasan pusat seminar dan penginapan. Sangat sangat cantik dengan dekorasi rumah-rumah tumpangan dalam Hutan Lipur tersebut.

So, this is Supergirls punya journey. Penat kami kerah tenaga tahu nak panjat tangga yang entah berapa bijik.
Dikhabarkan nak sampai puncak ambil masa 6 jam. Bayangkan 6 jam.
Alhamdulillah, kami sampai spot pertama, paling bawah, which is Twin Falls, 1900 feet. *whoa*
Dah berapa kali mengeluh dah berapa kali lap peluh.
Sampai-sampai dah 0530 petang so datang setakat cuci mata dan menikmati keindahan alam semulajadi sajalah.

Mesti orang ramai pelik kan, dah petang nak senja baru nak panjat bukit. So ada seorang nyonya tanya "amoi, kenapa sudah petang baru datang? sudah lambat woo."
Dan kami hanya menjawab dengan senyuman riang dan ketawa manja , gitew.

Arus sungai kat spot ni comel-comel je sebab tak deras pun. Yang jumpa pun cuma 'anak' air terjun je. Tu pun tersangatlah seronok dan bersyukur.
Misi utama : Bergambar!
Sampai-sampai aku dengan Intan terus bukak bekal dan makan. Nyam Nyam.
Untung ada kawan rajin dan pandai masak ni. *sayang Intan*
Air anggur Intan buat mashaallah sedapnya. *tersangat dahaga*


HUTAN LIPUR GUNUNG LEDANG

Next is perjalanan turun pulak.



Ni adalah peta Hutan Lipur ni. Kalau perasan dalam gambar ni ada KFC kat bukit pulak tu. Lagi tinggi dari tempat yang kami sampai tadi.
ergh mohon jangan percaya.
Mungkin itu adalah satu komersial value untuk memashyurkan lagi tapak perkhelahan ni.
haha positive thinking sangat.

Datang, jangan tak datang. 
Dengan niat mensyukuri ciptaan dan menyaksikan kebesaran Allah.
ALHAMDULILLAH =)

. © 2008 Blog Design by Randomness